How To Contact Me

Thursday, July 5, 2012

GEJOLAK HASRAT: hasrat bercinta...


hye2....n assalamualaikum semua....kali nie...entry aku pasal hasrat bercinta....tu dia....aku tahu...semua orang ada hasrat untuk bercinta....macam aku jugak....aku pun ada hasrat untuk bercinta...tapi sebelum tu...aku dan korang semua paham ka apa yang dimaksudkan sebenarnya hasrat bercinta nie??....aku tahu...korang semua mesti tak tahu kan3??...sama la...aku pun tak tahu pada mulanya...then kali nie aku nak share ngan korang semua....

Apakah yang dimaksudkan dengan hasrat bercinta???....


Hasrat bercinta ialah kemahuan ataupun harapan manusia untuk bercinta. Cinta adalah fitrah dan naluri yang ada pada setiap manusia.... ( termasuk aku...kalo tak de perasaan tu...tak normal agaknya..hahahaha)....meyh aku kongsi lagi ngan korang...

Surah Fatir, ayat 11
  " Allah menciptkan kamu dari tanah. Kemudian daripada air mani dan Dia kemudiannya menjadikan kamu berpasangan lelaki dan perempuan. Tidak ada wanita yang mengandung dan melahirkan melainkan dengan pengetahuan dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya melainkan sudah ditetapkan dalam kitab lohmahfuz. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. "

Surah Ali Imran, ayat 14
  " Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah jualah tempat kembali yang baik iaitu syurga. "

Apa Kaitannya surah nie ngan entry kali nie??...nie la aku nak bagi tahu...
Kaitannya hasrat cinta lelaki dan wanita boleh dilihat daripada kata-kata Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 14.

Kedua-dua ayat Allah di atas mengatakan pandangan menjadi indah kepada hal-hal seperti wanita, harta dan kedudukan. Pandangan Indah itu menerbitkan hasrat bagi memilikinya. Dapat lah kita katakan hasrat kepada perkarayang indah itu adalah kudrat yang diberikan oleh Allah.

Cinta tidak dapat dilepaskan daripada segi kehidupan walau sekecil manapun. Cinta juga mewarnai segala aktiviti yang dilakukan. Namun, sekiranya cinta menjadi erosak hidup, ini bermakna cinta itu ternoda oleh nafsu syaitan. Masakan tidak, mata ( aku dan korang semua) yang perlu digunakan bagi melihat perkara yang baik-baik, namun kerana nafsu dia memilih melihat yang burukLidah yang perlu mengucapkan kata-kata yang baik dan elok di dengar, namun kerana nafsu, dia mengucapkan hal-hal yang kotor. Kaki yang sepatutnya membawa seluruh anggota badan ke tempat yang baik-baik, akibat hasutan nafsu, membawa seluruh anggota badan ke tempat-tempat yang kotor dan penuh maksiat. Pendek kata, cinta yang tidak di hargai dengan wajar mampu bertukar menjadi hasrat yang selalu terdorong ke arah maksiat.

Maaf kalau entry aku kali nie...menyebabkan ada yang terasa hati...aku hanya menulis apa yang aku rasa dan berdasarkan surah yang aku baca...aku sekadarnya hanya mahu berkongsi.... tak larat lagi aku nak menaip panjang-panjang....nanti kan next enrty aku... :)