How To Contact Me


Daisypath Anniversary tickers

Aug 30, 2014

hati??...semuanya tentang hati ;')


Assalamualaikum…..setelah sekian lama…meninggalkan dunia blog…6bulan selepas entry  fadh kawen…semakin hari semakin menyepi....


Banyak benda nak diceritakan….pergi dengan mencari seribu cerita tentang kisah hidupku sendiri…apa yang aku rasa dan alami…hanya terpahat di hati..dan aku je yang rasa…..see….melalut jap….ok…teros pada entry nak yang di ceritakan…..HATI??.....


Hati manusia sangat rapuh…walaupun kadang-kadang Nampak macam kuat jer seseorang tu…..Silap cara boleh bercerai dari badan. Hati juga mempengaruhi  pilihan kita sama ada baik atau buruk ia mempunyai pengaruh yang kuat…. Orang tua kata ikut kata hati boleh mati…


Manusia hanya di beri sekeping hati….bersamaan  1 hati…Cuma 1…. Kalau kita dilukai, sakitnya kita rasa di hati. Aku sendiri tak tahu sebetulnya rasa sakit itu di mana, tetapi orang kata sakitnya rasa di hati…ternyata…memang benar apa orang kata….lagi2…melibatkan orang yang kita cinta dan sayang.. jadi kalau hati sentiasa terluka dan dilukai, lambat laun hati kita boleh rosak.. (tak nak hati aku rosak :D).. hati yang rosak juga boleh mengundang maut…


Hati juga adalah tempat hidupnya cinta, kasih dan sayang. Ia ditanam didalam hati kemudian ia berbenih di dalam hati. Lalu berputik, bercambah, berbunga dan akhirnya mekar berkembang di dalam hati. Cinta juga akan menjadi layu dan akhirnya gering di dalam hati. Tapi hati perlukan cinta, kasih dan sayang kerana itu sumber kehidupan hati. Tanpanya hancur lah hati yang tiada penghidupan, tiada nafas dan tiada hangat.


Aku juga ada hati sama seperti insan lain. Dan biasanya aku takut nak berbicara tentang hati. Aku Cuma takut akhirnya aku yang tersungkur kerana hati aku gagsal berfungsi. Aku takut aku yang lemas tenggelam kerana hati aku hancur berkecai. Aku takut aku gagal melihat hari esok kerana hati aku akhirnya kosong  tanpa cinta. Aku takut aku benci melihat matahari pagi kerana akhirnya hati aku tiada lagi.


Tetapi pada hakikat dan kebenarannya, hati aku terus sakit apabila terpkasa mengiakan aku ok…walau pun hati tidak begitu…susah bila mendambakan dan mengharapkan sesuatu yang tak pasti…kerana ia seperti menunggu buah yang elok dan tidak akan gugur….


Done sampai situ saja..luahan hati aku…bukan tak nak luahkan pada kawan-kawan…Cuma tak nak bebankan mereka dengan apa yang aku rasa…mereka pun ade jalan hidup sendiri….