How To Contact Me


Daisypath Anniversary tickers

Sep 22, 2012

cinta tak seharus kita memilikinya.. :'(



Assalamualaikum...banyak nya sawang....meyh cuci-cuci dulu...

berbicara tentang cinta sekali lagi?entri yang kembali menyengat dalam blog ni.tak habeh2 sal cinta (=_-)*sila rujuk entri sebelum2 ni,kalau nak tahu betapa jiwangnya penulis blog ni.(X_x)


petang2 yang hening dan dingin ni,izinkan aku kembali kepada mood serius untuk berbicara tentang cinta sejati..


memang ramai yang memberi persepsi tentang cinta..tapi betapa ramai yang pernah hadapi apabila cinta yang dibina tidak kesampaian..maksudnya..apabila seseorang yang perlu melalui satu situasi iaitu..


dia terpaksa melepaskan cintanya demi kebahagiaan orang lain..


senang untuk kita katakan bahawa,"lupakanlah dia","carilah cinta lain yang bahagia","masih ramai yang menanti kamu","tinggalkan dia,you have to start a new life.."


perkataan2 ni yang sering kite dengar apabila seseorang tu putus cinta..tapi tidak mungkin akan semudah itu cinta dalam hati boleh berlalu dah lenyap begitu sahaja...


ya..memang amat sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bahagia bersama..Untukmelupakan semua kenangan suka duka itu tidak mungkin tapi kita harus tabah dan akur akan hakikat yang telah kita terima..
kadang2 berbicara tentang cinta memang mudah tetapi bagi mereka yang melalui saat getir ini amat susah untuk menghadapinya..


adakalanya..kite harus berhenti untuk mencintai seseorang..kita harus melepaskan seseorang yang kita cinta untuk orang lain..demi kebahagiaan orang lain..


ye,itulah cinta sejati apabila kita sanggup berkorban apa sahaja untuk lihat orang yang kita cinta bahagia walaupun disamping orang lain.


apabila wujudnya situasi sebegini,kita tak fikir lagi tentang kebahagiaan diri sendiri.sanggup menipu diri kita yang kita membenci cinta kita,walaupun betapa kuatnya cinta kita kepada dia..


tetapi..biarlah kesakitan tu hanya dirasai oleh kita sahaja..bukan orang yang kita cinta..


bukan bermaksud cinta itu kejam..tapi kita tahu dan yakin,insan yang kita sayang tu lebih bahagia bersama orang lain,masa depannya juga terjamin,dan dia perlu akur dengan pilihan keluarganya..jadi siapa kita untuk menghalangnya?kita hanyalah watak sampingan yang terus mengharapkan cinta itu mekar dan di balas dengan cinta jua..


tetapi sayangnya penantian tu hanya sia2 sahaja.usahlah kita terus menangis dan meratapi segala apa yang terjadi terhadap diri kita..


menyintai seseorang tak bermaksud akan memiliki dirinya..tetapi cinta yang ingin ku berikan disini.apabila kita terpaksa untuk melepaskan cinta kita,demi melihat kebahagiaan si dia...


Jalan terbaik tinggalkan si dia dengan ikhlas. Jika benar sudah termaktub di loh mahfuz bahawa jodohmu dengan si dia. Walau ke hujung dunia sekalipun, akan ketemu jua. Tapi kalau sudah bukan jodoh berdua, usaha sekeras mana pun takkkan berhasil.


Kerana kadang2 pabila kita terlampau mengejar bahagia yang tak mungkin kita gapai. Sehingga kita tak terlihat kebahagiaan yang sudah lama berada di depan mata..


tapi bagi sesetengah orang,sangat sukar untuk menerima cinta baru dalam dirinya..jadi,hanya air mata la peneman sejati,memendam rasa..betapa perit rasanya,,


Sesungguhnya  tak perlu kita rasa menyesal atau terlalu bersedih di atas perpisahan yang berlaku. Kerana cinta yang sejati tak semestinya memiliki.Hanya melihat si dia yang pernah kita sayangi berbahagia juga mampu membuat kita gembira.


Tapi aku terima segala-gala nya...benda yang lepas tak perlu lah aku kenang kembali...sekarang aku mulakan hidup baru,,,...aku sayang kan die...insan yang muncul dalam hidupku...sentiasa membuat aku ketawa...


Dalam masa yang sama, aku sebenarnya takut untuk kehilangan die...tapi aku cuba untuk melawan perasaan tuh...yang penting...aku tak pernah berpura-pura ngan die...tuhan ja tahu betapa aku sayang die sangat-sangat...aq tak berharap apa-apa dalam perhubungan ini...bukan tak nak berharap...taku kecewa ja...mesti kowang pernah rasa kecewa tuh macam mana kan...so,mesti la kowang berhati-hati...


Aku akan cuba sedaya upaya untuk yang terbaik dalam perhubungan ini...aku harap dan sentiasa berdoa agar hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat dengan hendak nya...semoga die tahu betapa sayang nya aku kat die...


Bak kata orang, ... buat apa nak dikejar kalau orang dah tak sudi....aku akan berhenti mengejarnya jika die ada pilihan yang lain...semoga allah akan kuat kan aku jika aku berhadapan dengan situasi macam nieyh.....

No comments:

Post a Comment