How To Contact Me


Daisypath Anniversary tickers

Nov 4, 2012

Jenis Perasaan Cinta :*




Hye assalamualaikum…entah kenapa hari nie tiba-tiba ja tangan gatal nak menaip…..dengan keadaan yang tak berapa sihat…aku gagahkan juga untuk menaip….ha…nak bagi tahu…sebenar nya letak lagu baru kat blog…majority semua piano…entah…tak tahu kenapa nak letak lagu macam tu…huhuhu ^^

 Dah la tidak berapa sihat….dan hati sedih……menulis blog sambil dengar lagu dalam blog aku tu…sampai mengalir air mata…aku tak tahu kenapa….tapi aku rasa aku rindu….rindu pada siapa pown tak tahu…….tak kisah la sapa pown aku rindu….tapi nak korang tahu….aku memang rindu gila-gila nie…..tak tahu nak cakap macam mana…..:’) 

Ok….dah…tutup cerita pasal rindu nie….nak share 1 cerita yang dah lama aku nak kongsi…ia mengenai jenis perasaan cinta….meyh aku start cerita k….

 Cinta mungkin mempunyai seribu rahsia, mungkin kali ini pertama kali expresi menyentuh tentang cinta. Untuk kali ini kita akan membincangkan tentang jenis cinta antara manusia yang mana membincangkan 3 aspek sahaja. Cinta ini merupakan normal untuk seorang manusia apabila mencapai kematangan tertentu. Seseorang yang menolak cinta boleh dikatakan tidak normal kerana sifat semulajadi manusia ingin disayangi serta mahukan seseorang untuk berkongsi dalam kehidupannya. Hal ini diperkukuhkan oleh Adler, Maslow, Rojers dan ramai lagi. Namun demikian cinta sebenar ialah cinta yang mengutamakan maruah, menjaga batasan pergaulan, bercinta pada usia yang bersesuaian serta sentiasa memberikan aspek positif dalam perhubungan.


Cinta secara ‘ mania ‘ merupakan cinta yang perlu dijauhi oleh mana-mana insan. Cinta ini adalah berdasarkan keseronokan semata-mata serta terlalu taksub dengan cinta. Sebut tentang keseronokan sudah tentu ia berkaitan dengan nafsu yang membuak-buak. Bercinta dibawah pengaruh ini mementingkan kecantikan tubuh badan, rupa paras serta melakukan perbuatan yang terlalu taksub dengan cinta itu sendiri. Ketaksuban itu adalah mengenai keseronokan yang kadangkala menuntut pengorbanan maruah serta kadangkala menimbulkan pemikiran yang tidak rasional.


Cinta dibawah erti pengorbanan merupakan golongan yang sederhana kerana cinta ini bukan menguntungkan kedua belah pihak. Cinta ini hanya memberikan keuntungan sebelah pihak kerana cinta ini menuntut pengorbanan dari salah seorang. Cinta ini merupakan cinta yang sederhana baik kerana ia tidaklah semata-mata menurut nafsu, tetapi ia boleh merugikan sebelah pihak kerana sanggup berkorban demi cinta yang bersungguh kepada sebelah pihak lagi.


Cinta dibawah persahabatan adalah yang rasional kerana ia lebih mementingkan situasi menang-menang. Cinta ini mementingkan kebaikan yang diperoleh kedua belah pihak. Cinta ini mementingkan konsep persahabatan yang mana menghormati kehormatan masing-masing serta bekerjasama dalam membina rumahtangga serta berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Cinta ini banyak berdasarkan rasional pemikiran kerana cinta ini lebih mengutamakan matlamat dan cita-cita berbanding perasaan seronok.


So, macam aku…aku pilih cinta di bawah persahabatan….sebabnya…yang kat atas tu…ha…bukan sebab tu jer….sebab….aku kenal die sebagai kawan….dan saying die sebagai kawan…then, tiba-tiba perasaan cinta tu dating tiba-tiba….aku nie bukan lah senang nak jatuh hati….bila dah datang perasaan tu…semangat ingin berkawan semakin mendalam…dalam pada waktu yang sama…aku tak pernah pown meletak kan harapan yang tinggi…takut aku yang kecewa….


 Tapi…bila dua-dua dah tahu isi hati masing-masing…kami tetap berkawan…dan jaga perasaan masing-masing….seronok bercinta macam nie…memang tak pernah declare apa-apa pun…sebab masing-masing nak kenal hati budi dulu….jodoh di tangan allah…pape pown aku terima seadanya….kalau kita dah declare….kita terikat sebenar nya…bukan nya nak cakap bercinta dibawah persahabatan nie tak terikat…..tapi…yang declare tu lagi terikat….buat tu tak bole…buat nie tak bole… 

Kalau orang tu cinta kita ikhlas…berdasarkan persahabatan …die akan bagi pendapat….dan sokong kita kalau perkara yang kita buat tu untuk kebaikan diri dan orang lain….depends pada diri masing-masing nak rasa percintaan tu macam mana… 


Aku seronok dan bahagia bercinta…tapi aku tak pernah declare ngan sapa-sapa….Cuma aku tahu hati aku mencintai dia…dan mungkin dia tahu perasaan aku…or dah tahu…so, aku akan jaga perhubungan ini sebaik mungkin….insyaallah….kalau ada jodoh tak kemana…yea…memang semua orang harap percintaan itu akan kekal hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat…


So, specially to kawan-kawan aku, Fatin, Farah Wahidah, Siti Najihah, Nurul Farahain, Zaqwan Haman & Hafrizzulhimi….hope Korang buat pilihan yang terbaik k…jangan bercinta sebab ingin seronok ja….. :)


 p/s: setiap hari perasaan cinta dan sayang semakin bertambah kat awak…walau pun kita berkawan…hope awak tahu perasaan saya nie…bila awak membacanya….sentiasa akan support awak….terima kasih atas persahabatan yang terjalin antara kita…. ILY :*

No comments:

Post a Comment